POLYCC Diseru Jadi Pembangun Bakat Utama Negara Depani Ekonomi Baharu

POLYCC Diseru Jadi Pembangun Bakat Utama Negara Depani Ekonomi Baharu
English translation not available for this content.

YB Menteri Pendidikan Tinggi menyeru supaya Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) terus mempergiat usaha bagi memperkasakan keupayaan bidang TVET tempatan.

Jelasnya, Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) turut disaran dapat digerakkan sebagai pembangun bakat utama dalam memacu negara menempuhi cabaran serta lanskap baharu ekonomi global.

YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata demikian kepada barisan pengurusan JPPKK sewaktu melakukan kunjungan rasmi ke ibu pejabat JPPKK di sini siang tadi.

Menurutnya lagi, dunia sedang beralih ke arah ekonomi berteraskan digital serta tenaga baharu yang memerlukan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut sama menyumbang kepakaran kepada agenda nasional yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri.

Ketibaan beliau yang disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Governan) JPPKK, Hj. Kamaludin Daud yang sedang menjalankan fungsi Ketua Pengarah telah turut menerima taklimat berkenaan fungsi, operasi serta hala tuju jabatan tersebut dalam memperhebat sektor TVET negara.

Sebelum itu, YB Menteri telah turut dibawa melawat ke reruai pameran yang memaparkan hasil inovasi dan kreativiti para pelajar serta tenaga pengajar dari politeknik dan kolej komuniti.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menjalankan fungsi Ketua Setiausaha, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1891
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 06 December 2024, 01:33:11.

sirim-logo