KPT Sanjung Jasa Bakti Mantan Menteri Dan Timbalan

KPT Sanjung Jasa Bakti Mantan Menteri Dan Timbalan
English translation not available for this content.

Malam tadi telah berlangsungya Majlis Apresiasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) khusus untuk meraikan mantan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal.

Majlis yang diadakan di ibu negara tersebut dibuat khas bagi menukilkan setinggi-tinggi rasa penghargaan kepada kedua-dua mantan atas kepimpinan serta jasa mereka sepanjang mengemudi KPT selama setahun yang lalu.

Dihadiri oleh para pengurusan tertinggi kementerian, jabatan, agensi dan Institusi-institusi Pendidikan Tinggi, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang sedang menjalankan fungsi sebagai Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian turut menyampaikan ucapan terima kasih mewakili seluruh warga KPT.

Majlis turut diserikan dengan ucapan dan amanat daripada yang diraikan iaitu Mantan Menteri dan Mantan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi sebelum YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany menyampaikan cenderahati perpisahan sebagai tanda kenang-kenangan.

Pada pengumuman perubahan kabinet oleh YAB Perdana Menteri 12 Disember lalu, YB Dato' Seri Mohamed Khaled telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan manakala YB Dato' Haji Mohammad Yusof dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. 

  • Last updated on .
  • Hits: 483
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 15 April 2024, 21:14:58.