PM Rasmi Majlis Penutup Program Madani Rakyat (Zon Tengah)

PM Rasmi Majlis Penutup Program Madani Rakyat (Zon Tengah)
English translation not available for this content.

Program MADANI Rakyat (Zon Tengah) telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah tiga hari berlangsung mulai 23 hingga 25 Februari 2024 di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Majlis Penutupan program ini pada petang tadi dan turut meluangkan masa hadir serta melawat reruai-reruai Kementerian termasuk reruai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Turut hadir ke Majlis Perasmian Penutupan serta meluangkan masa singgah ke reruai KPT ialah Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta beberapa tetamu kehormat lain.

KSU KPT turut berbesar hati mencuba sendiri demonstrasi membuat ‘barista coffee’ Inspired Kitchen bersama para pelajar berkeperluan khas dari Kolej Komuniti Selayang.

Pada program ini, KPT turut menyertai reruai pameran perkhidmatan kementerian yang mana menonjolkan Pameran Pendidikan Tinggi merangkumi perkhidmatan, antaranya Konsultasi Pilihan Program Melalui Sistem UPUOnline; Konsultasi Pinjaman/ Bayaran Balik/ Simpan SSPN PTPTN; Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL); Tawaran Program Penajaan dan Bantuan Kewangan KPT serta Pameran TVET.

Program MADANI Rakyat yang berlangsung sejak Jumaat lalu itu adalah merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1073
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.