Mahasiswa Diseru Bangkit Perangi Rasuah

Mahasiswa Diseru Bangkit Perangi Rasuah
English translation not available for this content.

Segenap lapisan rakyat Malaysia termasuklah mahasiswa seharusnya bersama-sama bangkit memerangi rasuah dengan lebih efektif demi memastikan budaya berintegriti terus terpelihara agar usaha murni membentuk masyarakat yang adil dan beretika dapat direalisasikan.

"Menerusi pemahaman yang mendalam, diharapkan siswa akan dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam membanteras rasuah dan memperjuangkan integriti dalam semua aspek kehidupan".

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Lagu Integriti anjuran bersama Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini petang tadi.

Menurut beliau, sejarah membuktikan jenayah rasuah telah menjadi punca kepada keruntuhan banyak tamadun agung dan kemusnahan sesebuah empayar.

Rakyat Malaysia tidak terkecuali menanggung beban berat tempias daripada perbuatan rasuah yang telah dilakukan oleh segelintir individu, tambah beliau lagi.

Berpesan kepada para pemenang, beliau berharap inisiatif video melalui program pertandingan seperti ini akan dihebah lalu menjadi sumber rujukan yang penting bagi semua pihak dalam memasakkan ilmu dan asas yang kukuh menghindari ancaman jenayah rasuah.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif IIM,Izal Arif Zahrudin; dan Presiden MCW, Haji Jais Abdul Karim. 

  • Last updated on .
  • Hits: 833
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.