Pertandingan Mission SlimPossible MOHE 2.0

Pertandingan Mission SlimPossible MOHE 2.0
English translation not available for this content.

Pertandingan Mission SlimPossible MOHE 2.0 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pendidikan Tinggi (Kelab KPT) yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian adalah kesinambungan daripada pertandingan siri pertama yang telah diadakan pada tahun 2022.

Pertandingan ini adalah berkonsepkan penurunan berat badan yang diadakan bagi tempoh 12 minggu mulai 7 Februari 2024 hingga 6 Mei 2024 dengan tujuan untuk memberi kesedaran dan mewujudkan warga KPT yang mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman, pemakanan yang betul bagi mencapai berat badan yang ideal, seterusnya secara tidak langsung dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi warga KPT dan organisasi.

Pertandingan Mission SlimPossible MOHE 2.0 pada kali ini disertai seramai 254 orang pegawai daripada ibu pejabat Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPK) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan juara pertandingan ini akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1014
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.