Penyerahan Surat Pemakluman Pelaksanaan Projek Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) KPT

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad hari ini telah menyerahkan surat pemakluman pelaksanaan Projek Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) Kementerian Pengajian Tinggi kepada syarikat Voltake Energy Services Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam projek yang diberi nama Customized Semi-Automated IoT-based Portable Solar Panel Cleaning.

Projek yang bernilai RM60,000 ini diketuai oleh penyelidik USM, Profesor Madya Dr. Mohamad Aizat Abas bakal menyediakan sistem bagi meningkatkan kadar pencucian solar panel yang dimiliki oleh syarikat.

Pembangunan sistem ini adalah bertepatan dengan objektif PPRN iaitu, inisiatif inovatif yang mengetengahkan model kerjasama strategik antara industri dan akademia untuk meningkatkan produktiviti, dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan.

Turut hadir Datuk Shafie Hj Kassim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia(USM).

  • Last updated on .
  • Hits: 7364
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 29 May 2024, 21:46:47.