Lawatan Kerja YBM ke Pulau Pinang dengan Sesi Hiking bersama Pemimpin Pelajar UA dan Politeknik di Pondok Upeh, Balik Pulau.

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, memulakan lawatan kerja ke Pulau Pinang hari ini dengan sesi hiking bersama pemimpin-pemimpin pelajar UA dan politeknik di Pondok Upeh, Balik Pulau.

Program ini bertujuan untuk melatih pemimpin siswa dalam membina jatidiri dan kerjasama dalam berkumpulan serta merangsang semangat ingin berbakti kepada negara. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan di kalangan para pemimpin mahasiswa UA dan politeknik.

Selain itu, YB Menteri turut menyertai Program Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin dan meluangkan masa menyantuni dua orang pelajar iaitu, Eida Adliena Qamarul Azman dan Siti Nuraina Othman yang masing-masing telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian di UiTM dan UMK serta tawaran wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN daripada YB Menteri di samping sedikit sumbangan bagi meringan beban keluarga mereka.

Turut hadir Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan,Naib Canselor Universiti Sains Malaysia(USM), Prof. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dan Prof. Dato' Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

  • Last updated on .
  • Hits: 5895
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo