Penubuhan Kampus Cawangan UKM Erat Hubungan Malaysia-Qatar

Penubuhan Kampus Cawangan UKM Erat Hubungan Malaysia-Qatar
English translation not available for this content.

Lawatan kerja YB Menteri Pendidikan Tinggi ke Qatar semalam telah membawa beliau meninjau pembangunan kampus cawangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sedang dalam pembinaan.

Beliau yang telah diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohamad Abd. Razak dan Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah diberi penerangan berkenaan pelan operasi dan hala tuju kampus itu apabila dilancarkan kelak.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin turut bertemu dengan delegasi Regional Group Qatar, rakan kerjasama UKM di sini yang akan bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyediaan kemudahan fasiliti dan infrastruktur.

Mengikut perancangan, UKM sedang menyediakan input akademik yang melibatkan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, jaminan kualiti dan pengijazahan yang akan ditawarkan melalui lima (5) program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah yang akan dijalankan secara pesisir di Doha mulai akhir tahun ini

Beliau berharap agar penubuhan kampus UKM ini dapat membuktikan keterlihatan dan kecemerlangan sektor pendidikan tinggi negara di sana sambil mempererat hubungan baik antara Kuala Lumpur-Doha.

Turut hadir sama Duta Besar Malaysia ke Qatar, TYT Zamshari Shaharan Duta Besar Malaysia ke Qatar, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

  • Last updated on .
  • Hits: 2670
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 27 May 2024, 18:16:03.