Malaysia Sedia Tawar Pendidikan Tinggi Kepada Pelajar Negara Konflik

Malaysia Sedia Tawar Pendidikan Tinggi Kepada Pelajar Negara Konflik
English translation not available for this content.

Sewaktu berada di Doha, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan pertemuan dengan dua (2) organisasi nirlaba (non-profit organization) berkaitan pendidikan bagi membincangkan kebajikan para pelajar pelarian dari negara-negara yang berkonflik.

Perjumpaan dengan Qatar Foundation yang diwakili oleh Presiden Pendidikan Tinggi dan Penasihatnya, Tuan Francisco J. Marmolejo dan dituruti perjumpaan dengan Dr. Ayedh Dabsan Al Qahtani, wakil kepada Pertubuhan Al Thani telah berkisar bantuan dan penajaan untuk mendapatkan peluang pendidikan tinggi kepada para pelajar tersebut.

YB Menteri telah menyatakan kesediaan untuk menerima para pelajar tajaan kedua-dua organisasi tersebut bagi membuka jalan kepada mereka untuk menggapai kecemerlangan akademik yang sukar dicapai di negara asal masing-masing, sekali gus membantu mereka keluar dari kelodak konflik berpanjangan.

  • Last updated on .
  • Hits: 1364
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 29 May 2024, 21:46:47.