Pembangunan Sistem Pendidikan Tinggi Pelaburan Terbaik Mantapkan Bakat Negara

Pembangunan Sistem Pendidikan Tinggi Pelaburan Terbaik Mantapkan Bakat Negara
English translation not available for this content.

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis perasmian Jom Masuk U 2023 bagi Zon Sabah yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa pembangunan sistem pendidikan menjadi satu pelaburan yang bukan sahaja dapat menjamin kemakmuran negara tetapi juga melahirkan bakat yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi pada masa akan datang.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT, YBrs. En. Ahmad Rizal Adnan; Naib Canselor UMS, YBhg. Datuk Prof. Dr. Kasim Hj. Mansor; Naib Canselor UniMAP, YBhg Prof. Dato' Dr. Zaliman Sauli; dan Pengarah, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) JPT KPT, Encik Wahi Nordin.

Lebih 70 buah reruai pameran yang memaparkan pelbagai program pengajian dan maklumat ke menara gading telah dikunjungi oleh para pengunjung yang hadir terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, lepasan SPM/STPM, serta orang ramai dari kawasan sekitar.

Kepada rakyat Sabah, jangan lepaskan peluang untuk temui kami di sini esok (Ahad, 28 Mei 2023) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk mendapatkan maklumat serta panduan kemasukan ke IPT awam dan swasta.

Jom Masuk U 2023, bah!!!

  • Last updated on .
  • Hits: 3665
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 06 December 2024, 10:19:49.

sirim-logo