Misi Menyantuni Mangsa Banjir di Segamat

English translation not available for this content.

6 Januari 2022

Kementerian Pengajian Tinggi akan terus komited untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Justeru, hari ini pengurusan KPT yang diketuai Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi meneruskan Misi Menyantuni Mangsa Banjir di Segamat. 2,000 kotak bantuan yang merangkumi barangan keperluan asas termasuk makanan seperti beras, gula, minyak masak dan lain telah diagihkan kepada mangsa banjir terjejas di kawasan Segamat, Sekijang, Ledang dan Labis hari ini.

Kotak bantuan itu merupakan sumbangan daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bantuan tersebut telah disampaikan oleh YB Menteri dan dihadiri oleh Dr Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT dan Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi

Turut sama ialah Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Naib Canselor UTHM Prof Datuk Ts Dr Wahid Razzaly. Misi bantuan hari ini merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha KPT untuk terus membantu mereka yang terjejas sejak bencana banjir melanda pertengahan bulan Disember lalu.

  • Last updated on .
  • Hits: 6927
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.