Mesyuarat Liputan Internet IPTA Fokus Transformasi Digital

Mesyuarat Liputan Internet IPTA Fokus Transformasi Digital
English translation not available for this content.

Mesyuarat mengenai liputan internet di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di pejabatnya siang tadi.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Setiausaha Kementerian Digital,Tuan Fabian Bigar; dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Perbincangan memfokuskan kepada status dan hala tuju capaian internet selular dan Wi-Fi di universiti awam, selaras dengan keprihatinan YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN).

Sejak 2023, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan, sesi libat urus, dan bengkel bersama pemegang taruh untuk meningkatkan liputan dan kualiti internet.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga memaklumkan peruntukan RM120 juta untuk memperbaiki capaian internet di IPTA, yang dijangka meningkatkan persekitaran pembelajaran bagi pelajar.

Kerjasama antara kementerian dan pihak berkaitan diharapkan dapat memastikan capaian internet menyeluruh di IPTA, memberi manfaat kepada pelajar dan menjadikan pendidikan tinggi Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global. 

  • Last updated on .
  • Hits: 344
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Sunday 16 February 2025, 13:00:25.

sirim-logo