Dato' Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman Dilantik Semula Naib Canselor UKM

Dato' Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman Dilantik Semula Naib Canselor UKM
English translation not available for this content.

Pada petang tadi juga, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyerahkan watikah pelantikan semula Dato’ Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 2 Januari 2025 hingga 1 Januari 2027.

Dato’ Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, 55 tahun merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Kemanusiaan yang mengkhusus dalam bidang Sains Pembangunan dan Geologi dari UKM pada tahun 1993 sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Hidrogeomorfologi di University of Manchester, United Kingdom pada tahun 1996 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air di University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom pada tahun 2001.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan tertinggi termasuk sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pelantikan semula beliau ini akan membolehkan kesinambungan legasi kecemerlangan akademik dan penyelidikan di UKM diteruskan, sekali gus mampu melahirkan graduan berminda global bagi pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. 

  • Last updated on .
  • Hits: 495
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 07 February 2025, 01:24:25.

sirim-logo