Menteri Kunjung Hormat TYT Sarawak, Perkukuh Hubungan KPT Dan Kerajaan Negeri

Menteri Kunjung Hormat TYT Sarawak, Perkukuh Hubungan KPT Dan Kerajaan Negeri
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hari ini membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak.

Dalam kunjungan yang berlangsung selama sejam itu, YB Menteri telah mengadakan perbincangan mengenai hala tuju kementerian dan ekosistem pendidikan tinggi negara terutamanya di negeri Sarawak.

YB Menteri turut menyampaikan hasrat kementerian untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kedudukan bersama kerajaan negeri dalam memastikan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Sarawak terus melakar nama dengan jayanya.

Kunjungan hormat ini merupakan salah satu pengisian dalam program Semarak Kampus MADANI dengan sesi libat urus serta penglibatan pemimpin tertinggi di peringkat negeri.

Turut bersama adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr Azlinda Azman; dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Haji Mohd. Zahari Ismail.

Terdapat 15 IPT Awam di negeri Sarawak di bawah KPT melibatkan lima (5) Universiti Awam (UA), tiga (3) Politeknik dan tujuh (7) Kolej Komuniti.

Terdapat juga lima (5) IPT Swasta kelolaan kerajaan negeri di Bumi Kenyalang ini. 

  • Last updated on .
  • Hits: 984
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.