Malaysia Ketuai Hala Tuju Baharu Pendidikan Tinggi Asean Melalui Mesyuarat AWGHEM Ke-8

Malaysia Ketuai Hala Tuju Baharu Pendidikan Tinggi Asean Melalui Mesyuarat AWGHEM Ke-8
English translation not available for this content.

Malaysia terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pendidikan tinggi serantau apabila menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Kumpulan Kerja Mobiliti Pendidikan Tinggi ASEAN kali ke-8 (The 8th ASEAN Working Group on Higher Education Mobility - AWGHEM) yang berlangsung pada 23 hingga 24 April 2025 di ibu negara.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian yang turut menyampaikan ucapan mewakili Kementerian.

Dalam ucapannya, beliau menekankan keperluan ASEAN untuk melakar semula landskap pendidikan tinggi dalam menghadapi era baharu yang penuh ketidakpastian.

“Kita sedang berhadapan dengan apa yang disebut sebagai era pasca-normal (post-normal times), satu era yang penuh dengan kerumitan, kekeliruan dan kontradiksi.

Justeru, pendidikan tinggi ASEAN mesti bergerak daripada sekadar menyampaikan ilmu kepada pembangunan keupayaan,” ujar beliau.

  • Last updated on .
  • Hits: 307
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo