KPT Perkasa Komuniti Melalui Program Outreach KPT@Tapah

KPT Perkasa Komuniti Melalui Program Outreach KPT@Tapah
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkasa komuniti melalui pelaksanaan Program Outreach KPT@Tapah petang tadi, dengan penglibatan aktif Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menyampaikan kepakaran dan khidmat kepada masyarakat setempat.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang hadir meninjau program tersebut menjelaskan bahawa inisiatif ini dilaksanakan secara berterusan melalui kerjasama universiti, politeknik dan kolej komuniti.

Antara pengisian utama ialah Program Pemindahan Ilmu dan Kepakaran (KSTP) yang merangkumi aktiviti baik pulih pendingin hawa dan pendawaian elektrik, pemasangan lampu solar, kursus memasak dan pembuatan kek, serta pemeriksaan asas kesihatan oleh pasukan perubatan IPTA.

Beliau turut menekankan kepentingan laluan fleksibel pendidikan tinggi seperti TVET serta program APEL di bawah inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang membolehkan golongan bekerja menyambung pengajian berdasarkan pengalaman.

YB Menteri turut memaklumkan bahawa Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025–2035 akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai dokumen dinamik yang disesuaikan dengan perkembangan semasa termasuk teknologi seperti AI dan kuantum.

Program ini menterjemahkan komitmen KPT dalam merakyatkan pendidikan tinggi sambil menyampaikan manfaat secara terus kepada komuniti, terutamanya di kawasan luar bandar.

  • Last updated on .
  • Hits: 403
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo