Majlis Prapelancaran UiTM Unicorn Scholar Programme (UiTM USP) di Hotel UiTM, Shah Alam

English translation not available for this content.

YB Dato’ Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Majlis Prapelancaran UiTM Unicorn Scholar Programme (UiTM USP) di Hotel UiTM, Shah Alam hari ini.

UiTM Unicorn Scholar Programme (USP) merupakan satu program yang membuka peluang kepada warga UiTM, khususnya para pelajar untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan dalam konteks perniagaan sebenar. Program ini juga menjadi platform ke arah peningkatan kompetensi keusahawanan pelajar serta membuka peluang pekerjaan dan perniagaan dalam kalangan pelajar UiTM semasa atau selepas tamat pengajian.

Kolaborasi antara Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED), UiTM dan Unit Keusahawanan, Bahagian Penyelarasan & Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Alumni UiTM Business Network (ALUMNI BIZNET) membolehkan para pelajar mendapat khidmat pementoran dengan alumni usahawan UiTM yang berjaya di samping meningkatkan keupayaan pelajar UiTM dalam menceburi bidang keusahawanan.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

  • Last updated on .
  • Hits: 6308
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.