Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 di ISTAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus, Kuala Lumpur

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020 di ISTAC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus, Kuala Lumpur.

Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan sejak 2018 adalah anugerah untuk mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan mengurniakan anugerah tersebut kepada YBhg. Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah sebagai mewakili petugas barisan hadapan (kesihatan dan keselamatan).

Penganugerahan ini bagi menghargai jasa dan usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang melanda.

Turut hadir pada majlis ini Datuk Dr. Mohd Daud Bakar,Presiden UIAM dan Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Rektor UIAM.

  • Last updated on .
  • Hits: 8515
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.