Majlis Perbincangan Strategik KPM-KPT Perkukuh Sinergi Sektor Pendidikan Negara

Majlis Perbincangan Strategik KPM-KPT Perkukuh Sinergi Sektor Pendidikan Negara
English translation not available for this content.

Majlis Perbincangan Strategik KPM-KPT dengan melibatkan dua Kementerian yang mengendalikan sektor pendidikan negara telah berlangsung dengan jayanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim telah menghadiri sesi berkenaan mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diketuai oleh Ketua Setiausahanya, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim.

Majlis perbincangan ini merupakan platform strategik untuj membincangkan berhubung pelaksanaan dasar-dasar pendidikan seperti pemindahan Program Tingkatan Enam dan Program Matrikulasi daripada KPM kepada KPT sebagaimana yg ditekankan dalam RMK-13.

Turut berlangsung adalah sesi penerangan ringkas berkaitan Pendidikan Lepasan Menengah, meliputi aspek dasar, pelaksanaan dan penyelarasan peranan antara kedua-dua kementerian.

Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan isu dan cabaran, serta hala tuju pelaksanaan bagi memastikan kelangsungan, kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan pemindahan program tersebut demi kepentingan sistem pendidikan negara.

Majlis ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua kementerian. 

  • Last updated on .
  • Hits: 23
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 23 December 2025, 02:35:41.

sirim-logo