Majlis Perasmian Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Electronic Self Auditing System (eSAS)

Majlis Perasmian Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Electronic Self Auditing System (eSAS)
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah merasmikan Sistem Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan Atau Electronic Self Auditing System (eSAS) dengan disaksikan oleh 470 Warga KPT secara maya melibatkan Ketua Pengarah, Setiausaha Bahagian dan Pengarah Institusi mewakili 141 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kementerian Pengajian Tinggi.

Program yang dimulai dengan Taklimat Penggunaan eSAS oleh Unit Audit Dalam, KPT pada sesi pagi telah berjaya memberi penerangan secara inklusif mengenai Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan (PKPK), kaedah pelaksanaan PKPK serta peranan Pegawai yang terlibat.  YBhg. Dato' Seri KSU telah merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Unit Audit Dalam dan Bahagian Pengurusan Maklumat, KPT yang telah berjaya membangunkan eSAS.

Beliau mengharapkan komitmen yang tinggi dan menyeru semua warga KPT untuk bersama-sama Kementerian, khususnya dalam memastikan pemantapan Pengurusan Kewangan berjaya mencapai objektif ditetapkan. Ucaptama perasmian eSAS telah selesai pada jam 3.15 petang seterusnya menutup tirai Program Taklimat Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan untuk Tahun 2022.

  • Last updated on .
  • Hits: 3406
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 09 April 2024, 09:42:49.