MACEE Dan IPT Tempatan Meterai MoU: Usaha Memperkasa Kerjasama Dua Hala Memupuk Kecemerlangan Pendidikan Dan Penyelidikan

MACEE Dan IPT Tempatan Meterai MoU: Usaha Memperkasa Kerjasama Dua Hala Memupuk Kecemerlangan Pendidikan Dan Penyelidikan
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memberikan komitmen yang tinggi kepada kerjasama dua hala yang dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi serta penyelidikan melalui jalinan kerjasama antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan dengan negara luar.

Terkini, KPT melalui 11 IPT tempatan (universiti awam dan swasta) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE). Pemeteraian semua MoU ini akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, melalui program Fulbright yang berfungsi sebagai salah satu wacana pertukaran pelajar terbaik di Malaysia selain menggalakkan pertukaran budaya, dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Antara sebelas 11 IPT tempatan yang terlibat ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Multimedia University (MMU), UCSI University, Nilai University, INTI International University Colleges dan Southern University College.

Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar dan Wakil Kedutaan Amerika Syarikat, Madam Nurit Einik telah menyaksikan pemeteraian tersebut yang telah dilakukan oleh Naib-Naib Canselor, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden-presiden universiti terlibat.

Turut sama YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, wakil dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pegawai-pegawai KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 1930
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 June 2024, 11:05:30.