LIMA'23: UPNM Meterai 8 Kerjasama Strategik Memperhebat Pendidikan Pertahanan Negara

LIMA'23: UPNM Meterai 8 Kerjasama Strategik Memperhebat Pendidikan Pertahanan Negara
English translation not available for this content.

Seterusnya, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan majlis pemeteraian lapan (😎 kerjasama strategik merangkumi Memorandum Persefahaman (MoU); Memorandum Persetujuan (MoA); Perjanjian Kerahsiaan (NDA); dan Surat Niat (LoI) oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama rakan-rakan strategiknya.

Turut menyaksikan ialah YB Menteri Pertahanan, Dato' Seri Utama Mohamad Haji Hasan; Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Muez Abd. Aziz.

Mewakili UPNM, Naib Canselornya YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah telah menandatangani kelapan-lapan dokumen tersebut yang melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); serta pemain industri, institusi juga agensi dalam dan luar negara seperti Destini Bhd, Nadicorp Holding, Technology Depository Agency Berhad, Ecole Centrale de Nantes and Naval Group, Havelsan, Netherlands Maritime University College (NMUC) Johor dan Rezki Marine Sdn Bhd.

Usaha yang dilakukan UPNM ini adalah seiring dengan hasrat YB Dato' Seri Menteri Pendidikan Tinggi yang sentiasa menekankan keperluan untuk institusi pendidikan tinggi negara membangun sinergi rentas sektor dan lapangan, melibatkan pihak swasta, industri mahupun mana-mana entiti yang boleh memberikan impak positif yang mampan.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada UPNM atas kejayaan mereka mengikat kerjasama secara strategik dan terancang tersebut, sekali gus membolehkan kesemua pihak yang terlibat dapat menuai manfaatnya kelak.

  • Last updated on .
  • Hits: 1520
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.