Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Di Karnival Kerjaya Myfuturejobs@MOHE Zon Borneo

Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Di Karnival Kerjaya Myfuturejobs@MOHE Zon Borneo
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah merasmikan Majlis Karnival Kerjaya Myfuturejobs@MOHE Zon Borneo 2024, hari ini.

Kolaborasi strategik antara Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sabah

ini bagi memastikan isu nasional khususnya kebolehpasaran dan isu pengangguran dapat dikurangkan.

Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan melibatkan 23 syarikat dalam karnival yang dianjurkan sebagai usaha kerajaan memastikan pencari kerja termasuk golongan rentan di wilayah ini mendapat peluang pekerjaan dari pelbagai sektor.

Ia sebagai usaha untuk mengatasi isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan yang dialami khususnya rakyat Sabah.

Dalam pada itu, YB Timbalan Menteri turut menyerahkan sijil tawaran bekerja kepada tiga orang siswazah yang berjaya dan menyerahkan sijil penghargaan kepada rakan kolaborasi daripada JPSM dan PERKESO Sabah.

Dalam pada itu, jumlah graduan siswazah yang menganggur dilaporkan menurun 12,368 daripada 41,467 (2021) kepada 29,099 (2022) berdasarkan statistik Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tingggi (KPT) pada tahun 2022.

Ini menunjukkan tahap kebolehpasaran graduan semakin meningkat sementara peluang pekerjaan juga semakin bertambah terutama pasca pandemik.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS, Profesor Dr. Shahril Bin Yusof. 

  • Last updated on .
  • Hits: 3497
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 15 April 2024, 21:14:58.