Lawatan Kerja TKSU (PP) Ke Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak, UKM
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) telah mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (TABTAR), Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ketibaan beliau ke TABTAR telah disambut oleh YBhg. Prof. Madya Datuk Dr. Abdul Halim bin Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Surgeri), YBrs. Prof. Madya Dr. Norazlin binti Kamal Nor, Timbalan Pengarah (Perubatan), YBhg. Datin Dr. Anita binti Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi & Sokongan Klinikal) serta pegawai kanan TABTAR.
Semasa lawatan tersebut, pihak delegasi KPT telah diberikan taklimat berhubung kemudahan ICT Sistem “Total Hospital Information System” (Pesakit Luar) dan “Computerized Maintenance Management System” (CMMS) oleh pegawai perubatan TABTAR dan wakil syarikat Zecon Medicare Sdn. Bhd.
Sistem THIS dan CMMS TABTAR merupakan sistem ICT hospital yang canggih dan bersepadu dalam merintis penyampaian perkhidmatan yang efisien kepada para pesakit serta menjadi pelopor sistem ICT hospital yang futuristik.
KPT menyokong aspirasi dan komitmen TABTAR sebagai hospital pakar kanak-kanak yang terulung di Malaysia.
- Last updated on .
- Hits: 428