Lawatan Kerja Dan Jejak TVET Madani YBTM

Lawatan Kerja Dan Jejak TVET Madani YBTM
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Komuniti Miri (KKMS) hari ini bersempena dengan program Jejak TVET MADANI anjuran KKMS.

YB Timbalan Menteri (YBTM) yang diiringi Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail memulakan lawatan dengan sesi ramah mesra serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta kursus pendek Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) hari ini.

Pelbagai kursus telah berlangsung seperti Kursus Bun Beraneka, Kursus Canva, Kursus Asas Power Point termasuk Kursus Penggunaan Telefon Pintar yang diadakan khusus untuk warga emas.

YBTM kemudian meneruskan sesi lawatannya dengan mendengar taklimat berkaitan pengurusan dan pengoperasian KKMS yang disampaikan oleh Pengarah KKMS, Ts. Harmen Muda sebelum merasmikan Bilik Jahitan PSH KKMS.

Sebelum mengakhiri lawatan, beliau telah menyampaikan plak Jejak TVET MADANI kepada enam orang alumni KKMS yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing antaranya alumni Sijil Rekabentuk Dalaman, Mohammad Nasrullah Ahmad Zulkaranain yang kini mengendalikan syarikat miliknya sendiri.

Hadir sama ialah Pengarah-pengarah JPPKK Zon Sarawak dan warga KKMS. 

  • Last updated on .
  • Hits: 424
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.