Kunjungan Hormat UMS Perkukuh Jaringan Penyelidikan dan Penerbitan Ilmiah

12 Jun 2026 I Putrajaya
Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly bersama delegasi Pusat Penerbit UMS petang tadi.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah negara. Selain menjadi medan pertukaran pandangan, sesi tersebut turut membincangkan usaha memperkasa budaya penyelidikan serta memperluas impak hasil penyelidikan universiti kepada masyarakat dan pembangunan negara sekali gus ke arah mencapai aspirasi UMS untuk menjadi "Living University".
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan UMS dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menyokong agenda pemerkasaan penyelidikan dan penerbitan ilmiah di peringkat nasional.
- Last updated on .
- Hits: 14
