Kunjungan Hormat UKM: Memperkasa Agenda Kampus Selamat

Kunjungan Hormat UKM: Memperkasa Agenda Kampus Selamat
English translation not available for this content.

2 September 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh di KPT petang ini.

Pertemuan ini menjadi ruang perbincangan strategik berkaitan hala tuju pendidikan tinggi, dengan fokus kepada pelaksanaan inisiatif Kampus Selamat dalam memastikan persekitaran pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif, inklusif serta selamat untuk seluruh warga universiti.

Perbincangan turut menyentuh pendekatan pencegahan dan pengurusan risiko keselamatan, termasuk pemanfaatan teknologi dan penyelesaian digital dalam menyokong kesiapsiagaan serta respons terhadap aspek keselamatan di kampus. Turut hadir, Ketua Pegawai Digital (CDO) UKM, Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz.

  • Last updated on .
  • Hits: 212
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 10 September 2026, 09:59:34.

sirim-logo