Kunjungan Hormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi

Kunjungan Hormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, YBhg. Dato' Mohd Azam Abd. Samat pada petang ini.

Antara intipati yang dibincangkan dalam perjumpaan ini adalah berhubung peluang kerjasama antara KPT dan Kerajaan Negeri Kedah dalam mengukuhkan kolaborasi strategik bagi memastikan pelajar aliran agama lepasan negeri Kedah berupaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi di Timur Tengah khususnya di Mesir dan Jordan.

Turut hadir di pihak KPT adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, wakil Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). 

  • Last updated on .
  • Hits: 271
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 07 February 2025, 10:01:10.

sirim-logo