KSU Sampaikan Amanat Kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik KPT

KSU Sampaikan Amanat Kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik KPT
English translation not available for this content.

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah menyampaikan amanat kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M52 dan M48 dalam suatu majlis anjuran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) di Kafeteria KPT.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Seri KSU telah menekankan ciri kepimpinan yang perlu dimiliki oleh seorang PTD dalam melaksanakan tugasan hakiki di kementerian. Sifat-sifat yang dimaksudkan ialah berintegriti, menguasai kemahiran komunikasi, merahsiakan rahsia Kerajaan dan sentiasa menunjukkan sokongan kepada kepada pengurusan tertinggi KPT melalui like dan share posting program KPT di media sosial rasmi KPT.

Seramai 71 orang pegawai PTD telah menghadiri sesi amanat tersebut yang antara lain turut meraikan mereka yang telah diberikan pemangkuan secara Khas Untuk Penyandang yang melibatkan 4 orang PTD M48 ke M52, dan 20 orang PTD gred M44 ke PTD M48.

Turut hadir Encik Mansor Ibrahim @Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian BPSM.

  • Last updated on .
  • Hits: 3390
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.