KSU KPT Terima Kunjungan UTM, Teliti Perkembangan Semasa dan Hala Tuju Universiti

KSU KPT Terima Kunjungan UTM, Teliti Perkembangan Semasa dan Hala Tuju Universiti
English translation not available for this content.

28 September 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim bersama delegasi pada petang ini.

Sesi ini turut disusuli dengan pembentangan ringkas mengenai profil, pencapaian dan perkembangan terbaharu universiti yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai kedudukan semasa serta hala tuju UTM dalam memperkukuh kecemerlangan sebagai salah sebuah universiti awam terkemuka negara.

Perbincangan turut menyentuh aspek akademik dan pengantarabangsaan UTM, termasuk usaha memperkukuh kecemerlangan akademik dan kedudukan universiti di peringkat global. Dalam aspek penyelidikan dan inovasi, turut dikongsikan lapan (8) bidang tumpuan strategik pemacu inovasi yang memacu penyelidikan dan inovasi berimpak untuk penyelesaian lestari.

Selain itu, perkembangan pelaksanaan projek pembangunan UTM turut disentuh termasuk keperluan prasarana bagi menyokong ekosistem pendidikan tinggi yang kondusif. Aspek sumber manusia dan perjawatan turut diberi perhatian bagi memastikan kapasiti serta keperluan tenaga kerja universiti selaras dengan perkembangan dan hala tuju strategik UTM.

Turut dibentangkan ialah pengurusan kewangan universiti dengan mengambil kira keperluan memastikan kelestarian kewangan dan kelancaran pelaksanaan agenda strategik UTM.

Pertemuan ini diharapkan dapat memperkukuh kesefahaman antara KPT dan UTM dalam meneliti keperluan semasa universiti, di samping menyokong kelancaran pengoperasian serta hala tuju UTM pada masa hadapan.

  • Last updated on .
  • Hits: 41
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 28 September 2026, 10:34:15.

sirim-logo