KPT Tinjau Projek Strategik RMKe-13 Perkukuh Ekosistem Pembelajaran UiTM Shah Alam

KPT Tinjau Projek Strategik RMKe-13 Perkukuh Ekosistem Pembelajaran UiTM Shah Alam
English translation not available for this content.

24 April 2026 | Shah Alam, Selangor

Usaha memperkukuh kualiti pendidikan tinggi negara terus diperkasa melalui pelaksanaan projek pembangunan strategik yang menyokong keperluan pembelajaran dan industri semasa.

Dalam konteks tersebut, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bagi meninjau pelaksanaan projek di bawah Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Lawatan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan bersama pegawai kanan Bahagian Pembangunan KPT sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan berterusan terhadap projek-projek pembangunan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).

Antara fokus utama lawatan adalah projek penggantian serta perolehan peralatan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih moden dan terkini bagi memastikan penyampaian ilmu selari dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi semasa.

Selain itu, projek naik taraf kolej kediaman turut diberi perhatian sebagai langkah meningkatkan kesejahteraan mahasiswa serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen KPT dalam memastikan IPTA dilengkapi dengan kemudahan berkualiti tinggi, seterusnya menyokong pembangunan modal insan yang holistik dan berdaya saing.

Pendekatan pemantauan lapangan itu juga membolehkan KPT menilai keberkesanan pelaksanaan projek serta memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara optimum demi kepentingan mahasiswa dan institusi.

Turut hadir Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Sr Dr. Md Yusof Hamid; Bendahari UiTM, Junita Jamaludin; Ketua Pegawai Digital UiTM, Prof. Ir. Ts. Dr. Juliana Johari; dan Pengarah Pembangunan UiTM, Ir. Ts. Azman Saubiran. 

  • Last updated on .
  • Hits: 171
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 30 April 2026, 06:34:40.

sirim-logo