KPT Terus Perkasakan Hubungan Baik Malaysia-Jepun
English translation not available for this content.
YB. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi terus menerima kunjung hormat dari wakil-wakil negara asing di pejabatnya.
Pagi tadi telah berlangsungnya pertemuan antara beliau dan Duta Besar Jepun TYT Takahashi Katsuhiko yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan strategik dalam sektor pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jepun.
Selain isu-isu semasa, turut dibincangkan adalah prospek kerjasama melibatkan IPT serta peluang meluaskan program mobiliti pelajar dan akademia antara kedua-dua negara.
Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.
- Last updated on .
- Hits: 2856