KPT Terus Membudaya Semangat Cinta Kepada Alam Sekitar Melalui KUDAH

KPT Terus Membudaya Semangat Cinta Kepada Alam Sekitar Melalui KUDAH
English translation not available for this content.

Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Persatuan Sahabat Sungai Malaysia berlangsung dengan jayanya di sekitar Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.

Program turut mendapat kerjasama daripada penduduk Bangi Lakehill Villas dan Surau As-Siddiq Bandar Baru Bangi ini telah diketuai oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Ia berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta dalam kalangan warga KPT, warga Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), wakil penduduk serta penglibatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Program KUDAH ini sebagai usaha KPT dalam membantu dan mempromosikan usaha kelestarian alam sekitar menerusi aktiviti mengutip sampah.

Puluhan beg sampah berjaya dikumpulkan dengan kutipan tertinggi meliputi plastik sekali guna.

Dato’ Seri KSU turut memberikan penerangan dan kesedaran kepada warga kementerian akan kesan sekiranya sampah ini tidak diuruskan dengan baik. Antaranya termasuk kesan musibah banjir kilat disebabkan sampah yang tidak dikutip ini akan menghalang laluan air ke longkang saluran menyebabkan takungan air berlaku.

Beliau turut menitipkan saranan kepada masyarakat agar sentiasa menguruskan sampah dengan baik dan tidak membuang merata.

Program KUDAH ini juga merupakan platform untuk pengurusan tertinggi beramah mesra bersama warga dengan melakukan aktiviti sihat dan berfaedah sebegini.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Biasiswa, Puan Marhanum M. Haniff dan Ketua Komunikasi Korporat, Encik Mohamad Hafizi Rosli. 

  • Last updated on .
  • Hits: 846
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 13 February 2025, 07:17:37.

sirim-logo