KPT, JLKN Bincang Hala Tuju dan Pengiktirafan Bekas Pelatih PLKN

KPT, JLKN Bincang Hala Tuju dan Pengiktirafan Bekas Pelatih PLKN
English translation not available for this content.

3 September 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), YBhg. Mejar Jeneral Datuk Marzuki bin Hj. Mokhtar bersama delegasi pagi di KPT hari ini.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk JLKN menyampaikan taklimat ringkas berkaitan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan dan hala tuju program dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya tahan serta mempunyai jati diri.

Perbincangan turut menyentuh cadangan pemberian merit kepada bekas pelatih PLKN yang memenuhi kriteria ditetapkan, sebagai antara inisiatif yang sedang diteroka bagi mengiktiraf penglibatan dan pengalaman pelatih dalam program berkenaan.

  • Last updated on .
  • Hits: 315
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 10 September 2026, 09:59:34.

sirim-logo