KPT–Huawei Terokai Potensi Kerjasama, Perkasa Ekosistem Pendidikan Tinggi Digital

10 Ogos 2026 | Putrajaya
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Huawei Malaysia bagi meneroka potensi kerjasama bersama universiti awam (UA), termasuk memperluas pendedahan mahasiswa terhadap teknologi terkini, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Perbincangan ini turut membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan mahasiswa, selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
KPT sentiasa komited untuk memperluas jalinan strategik bersama pemain industri dalam mendukung agenda transformasi digital.
- Last updated on .
- Hits: 208
