KPT Dan Qatar Tingkatkan Hubungan Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

KPT Dan Qatar Tingkatkan Hubungan Dua Hala Dalam Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada petang ini telah menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur yang diketuai oleh TYT Salah Mohammed Abdullah Busiol Al-Sorour, Duta Besar Qatar ke Malaysia.

Semasa sesi pertemuan ini, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menyatakan komitmen Malaysia untuk terus meningkatkan hubungan dua hala pendidikan tinggi dengan Qatar melalui program kerjasama sedia ada dan baharu dalam bidang pendidikan tinggi terutama dari sudut penyelidikan, pertukaran biasiswa dan mobiliti pelajar antara kedua-dua buah negara

YB Menteri Pendidikan Tinggi turut memaklumkan akan cadangan untuk mempergiatkan usaha dalam membantu warganegara dari negara pasca peperangan; antaranya Afghanistan dan Rohingya melalui Qatar Foundation.

Selain itu, pihak Qatar juga telah menyatakan hasrat untuk mengadakan mesyuarat Joint Working Group (JWG) dengan pihak Kementerian bagi membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan tinggi yang berbangkit antara Malaysia dan Qatar.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, serta Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 824
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.