KPT Cadang Bangunkan Pelan Pengurusan Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan

KPT Cadang Bangunkan Pelan Pengurusan Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan
English translation not available for this content.

Kesedaran rakyat Malaysia mengenai 'Rare Disease' atau 'Penyakit Jarang Jumpa' masih lagi rendah dan merupakan salah satu faktor kritikal dalam aspek pengurusan penyakit ini yang telah menunjukkan peningkatan kes semenjak 10 tahun lalu.

KPT turut bercadang untuk membangunkan sebuah Pelan Pengurusan Penyakit Jarang Jumpa Kebangsaan yang jelas serta mudah diakses merangkumi aspek pengujian serta rawatan yang komprehensif.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan "UiTM Health Competition - Raising Awareness on Rare Diseases and Mental Health" anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pfizer bersempena Hari Penyakit Jarang Jumpa Sedunia yang disambut pada 28 Februari setiap tahun.

Menyentuh isu kesihatan minda, beliau turut mencadangkan sebuah kempen kesedaran untuk orang awam mengenali tanda-tanda awal kesihatan mental yang turut melibatkan semua pemegang taruh.

Beliau turut melancarkan naskhah “Memperkasa Kesejahteraan Komuniti” hasil kerjasama Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), UiTM serta Pfizer.

Turut hadir ialah YBrs. Encik Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT); YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM; Puan Luksanawan Thangpaibool, Pengurus Negara bagi Malaysia-Brunei-Pakistan, Pfizer Malaysia; serta YBhg. Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM.

  • Last updated on .
  • Hits: 3023
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.