HELP University Buat Kunjung Hormat Ke Atas YB Menteri

HELP University Buat Kunjung Hormat Ke Atas YB Menteri
English translation not available for this content.

Sebelum menghadiri Majlis Amanat Perdana Menteri di PICC, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin terlebih dahulu telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi HELP University (HU) di pejabatnya pagi tadi.

Beliau telah bertemu YBhg. Datuk Prof. Paul T.H. Chan, Timbalan Naib Canselor HU dan YBhg. Datin Chan-Low Kam Yoke, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan HELP.

YB Menteri telah diberi taklimat berkenaan pengoperasian serta perancangan HU bagi tahun-tahun yang mendatang sebagai sebuah IPT swasta.

Antara lain, pertemuan tersebut turut membincangkan rangka strategi HU dalam memperkasakan semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa serta usaha-usaha HU dalam menyokong hala tuju pendidikan tinggi negara melibatkan program mobiliti serta pengiktirafan dan akreditasi dengan IPT luar negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 2729
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.