Kontinjen KPT Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Kontinjen KPT Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
English translation not available for this content.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi telah diadakan pada pagi ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

Majlis diserikan dengan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan diiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Turut hadir, YAB Perdana Menteri dan isteri serta kedua-dua YAB Timbalan Perdana Menteri.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan turut melibatkan penyertaan sebanyak 26 kontinjen meliputi sebanyak 26 buah Kementerian, termasuk Kontinjen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Para kontinjen dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu seramai 15 orang ahli ditempatkan terus di Dewan Plenary, PICC manakala 35 orang ahli kontinjen yang lain terlibat untuk perarakan dan ditempatkan di Dewan Perdana, PICC.

Majlis ini juga diserikan lagi dengan sokongan jitu daripada Pengurusan Tertinggi KPT bersama-sama dengan kontinjen KPT iaitu YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK); YBrs. Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Governan dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); YBrs. Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT; dan Encik Fazli Said, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 1102
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 15 April 2024, 21:14:58.