Kerjasama KPT - USAII Buka Ruang Pertingkat Bidang TVET Negara

Kerjasama KPT - USAII Buka Ruang Pertingkat Bidang TVET Negara
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi United States Artificial Intelligences Institute (USAII) pada hari ini. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta bertukar pandangan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pendidikan teknikal dan vokasional.

Dalam kunjungan ini, delegasi USAII terdiri daripada Timbalan Presiden Persatuan Pendidikan dan Latihan Vokasional Kebangsaan (IVETA), YBhg. Ts. Dato' Sri Ganes Palaniapan yang juga merupakan Pengasas SG TVET GROUP serta Ketua Pegawai Eksekutif USAII, Dr. Milton Mattox.

Antara perkara yang turut dibincangkan dalam sesi ini ialah perkembangan terkini program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keperluan sumber tenaga kerja TVET yang boleh memenuhi keperluan industri.

Turut dibincangkan juga adalah peluang kerjasama antara institusi pendidikan bersama industri serta kualiti dan keberkesanan latihan yang diberikan kepada pelajar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 733
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 12 February 2025, 10:29:14.

sirim-logo