Kerjasama Erat KPT Dan Kerajaan Negeri Disaran Bantu Perkasa Bidang TVET Sabah

Kerjasama Erat KPT Dan Kerajaan Negeri Disaran Bantu Perkasa Bidang TVET Sabah
English translation not available for this content.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut berada di Sabah bagi membuat lawatan kerja ke Kolej Komuniti Kota Marudu (KKKMS) pagi tadi.

Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri menekankan agar rangkaian Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) di negeri itu untuk mengeratkan lagi jalinan dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam usaha memperkasakan bidang TVET di situ.

Ini termasuk dalam rancangan pembangunan kampus-kampus baharu, program-program permintaan Industri serta insentif pembiayaan pendidikan tinggi.

Perkara tersebut katanya mampu membuka minat masyarakat tempatan untuk menceburi bidang tersebut sekali gus seiring dengan gagasan pemerkasaan TVET nasional.

YB Datuk Ts. Mustapha yang disambut oleh Pengarah KKKMS, Liaw Yin Huat serta warganya telah turut dibawa melawat ke sekitar kolej tersebut bagi meninjau kelas serta bengkel yang digunakan untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

Hadir sama Timbalan Pengarah, Unit Tadbir Urus dan Institusi, Bahagian Governan dan Kecemerlangan JPPKK, M. Azmi Hj. Ruzali, serta para Pengarah PolyCC Negeri Sabah yang lain. 

  • Last updated on .
  • Hits: 903
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.