Jutaan Terima Kasih Dan Selamat Bersara YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT

Jutaan Terima Kasih Dan Selamat Bersara YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT
English translation not available for this content.

Petang tadi telah berlangsungnya sesi Clock-Out kali akhir oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar yang akan menamatkan perkhidmatan awam kerana bersara wajib tanggal 15 Oktober ini.

Lobi KPT dipenuhi dengan warganya termasuk para pengurusan tertinggi yang mengiringi dan ingin menguntumkan ucapan penghargaan kepada YBhg. Dato' Seri KSU KPT.

Semenjak dilantik sebagai KSU KPT pada 7 Disember 2021 lalu, beliau telah menyumbang pelbagai idea dan jasa dalam memperkasa pentadbiran dan pengoperasian sektor pendidikan tinggi negara di bawah kementerian.

Sekalung penghargaan dan selamat bersara kepada YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar.

Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan kesejahteraan bersama keluarga.

  • Last updated on .
  • Hits: 1826
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 15 April 2024, 21:14:58.