Jalinan Kerjasama ERIA Dan KPT Sempena Kepengerusian Malaysia Sebagai Hos Persidangan ASEAN 2025

Jalinan Kerjasama ERIA Dan KPT Sempena Kepengerusian Malaysia Sebagai Hos Persidangan ASEAN 2025
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN & Asia Timur (ERIA), Profesor Tetsuya Watanabe dan delegasinya pada pagi ini.

Semasa pertemuan tersebut, Profesor Watanabe telah memaklumkan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sempena kepengerusian Malaysia sebagai negara hos Persidangan ASEAN 2025.

Selain itu, pihak ERIA juga berminat untuk memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada KPT terutamanya berkaitan pembangunan bakat dalam bidang semikonduktur, digital dan teknologi hijau serta pemula (‘start-up’) dalam kalangan belia dan wanita di sektor pendidikan tinggi.

KPT menyambut baik hasrat tersebut dan mempelawa ERIA untuk turut menyumbang dalam program-program yang telah diatur oleh pihak KPT sepanjang Persidangan ASEAN 2025 kelak.

KPT juga menyokong inisiatif pihak ERIA untuk membantu pihak KPT dalam pembangunan bakat selaras dengan pelancaran New Industrial Master Plan (NIMP 2030) oleh Kerajaan Malaysia.

Pihak ERIA turut mempelawa pihak KPT untuk mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat ERIA di Jakarta, Indonesia.

Turut hadir di pihak KPT ialah Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar dan pegawai-pegawai kanan kementerian. 

  • Last updated on .
  • Hits: 379
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 June 2024, 11:05:30.