Inisiatif Carehut@KPT Tawar Menu Rahmah Kepada Warga KPT

Inisiatif Carehut@KPT Tawar Menu Rahmah Kepada Warga KPT
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah melancarkan inisiatif CareHut@KPT di Kafeteria KPT di sini tengah hari tadi.

CareHut@KPT merupakan insiatif murni Pengendali Kafeteria di KPT untuk menyediakan beberapa menu popular dengan harga yang lebih rendah daripada pașaran.

Langkah ini diambil oleh Pengusaha Kafeteria dan KPT bagi menyahut seruan kerajaan untuk sedkit sebanyak membantu mengurangkan bebanan kewangan pengguna, khususnya warga KPT yang terkesaņ akibat berlakunya kenaikan kos sara hidup.

CareHut@KPT akan beroperasi, pada setiap hari bermula hari Isnin hingga Jumaat dengan menawarkan satu menu terpilih pada hari berkenaan.

Pada peringkat permulaan ini, sebanyak 30 pek hidangan disediakan setiap hari dan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan kemampuan Pengendali Kafeteria.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Mohd. Zahari Ismail; Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan KPT, Encik Fazli Said dan pemilik Syarikat Rasa Unggul Sdn. Bhd., Puan Fairul Aniza Mohd Pilus.

  • Last updated on .
  • Hits: 1701
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.