DYMM Sultan Perak Sempurna Majlis Anugerah Cemerlang UM 2026, Iktiraf Bakat Bertaraf Dunia

DYMM Sultan Perak Sempurna Majlis Anugerah Cemerlang UM 2026, Iktiraf Bakat Bertaraf Dunia
English translation not available for this content.

21 Mei 2026 | Kuala Lumpur

Tuanku Canselor Universiti Malaya (UM), DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan berangkat mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) 2026 di sini petang tadi.

Keberangkatan Baginda telah disambut oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; para Pro-Canselor UM, Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong, Tan Sri Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Mohd Annuar Zaini; serta Naib Canselor UM, Dato’ Seri Prof. Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman.

Majlis berprestij tinggi kali ke-14 itu telah diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-121 penubuhan UM sebagai Institusi Pendidikan Tinggi tertua negara.

Baginda berkenan mengurniakan sebanyak 52 kategori anugerah kepada 64 penerima terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, kakitangan universiti serta rakan strategik industri.

Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa pencapaian ini membuktikan keupayaan bakat tempatan untuk terus bersaing dan diiktiraf di peringkat global melalui ekosistem pendidikan tinggi yang mampan dan berdaya saing.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Zarinah Anwar; barisan pengurusan tertinggi universiti; tokoh akademik; serta para penerima anugerah dan jemputan kehormat. 

  • Last updated on .
  • Hits: 120
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 26 May 2026, 02:59:28.

sirim-logo