Anugerah Buku Negara 2024

Anugerah Buku Negara 2024
English translation not available for this content.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang telah diumumkan sebagai penerima bersama Anugerah Khas Buku Negara menerusi karya 'Tafsir Mawdu'i Sungai' di ibu negara siang tadi pada upacara yang disempurnakan oleh Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah.

Buku terbitan Akademi Jawi Malaysia dan CASIS UTM tersebut telah ditulis oleh Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bersama Profesor Kehormat, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam UM, Dato' Prof. Dr. Zulkifli Yusoff.

Buku tersebut unik yang mengintegrasikan bidang alam sekitar dengan bidang al-Quran dan sunnah.

Buku ini menawarkan pendekatan multidisiplin yang memperkaya ilmu dan relevan untuk masyarakat dalam memahami serta melestarikan alam sekitar melalui pendekatan manusiawi dan ukhrawi.

Menariknya, pada September tahun 2023, Sultan Nazrin juga turut berkenan melancarkan buku tersebut serta menyampaikan titah diraja di UM. 

  • Last updated on .
  • Hits: 334
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 07 February 2025, 10:01:10.

sirim-logo