Amanat KSN 2026: KPT Sahut Seruan Bertindak Pantas Demi Kecemerlangan Global

Amanat KSN 2026: KPT Sahut Seruan Bertindak Pantas Demi Kecemerlangan Global
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited mendukung aspirasi "Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi" yang digariskan sebagai tema utama perkhidmatan awam bagi tahun 2026.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam majlis amanat tahunannya pagi tadi menyeru seluruh jentera kerajaan termasuk Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) untuk bertindak pantas dalam melaksanakan keputusan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Empat (4) misi utama telah diperkenalkan merangkumi percepatan perancangan strategik; mempermudah urusan rakyat; memperhebat reformasi budaya kerja; dan memperkasa komunikasi total.

KPT menyambut baik pelbagai insentif baharu yang diumumkan termasuk kenaikan gaji penjawat awam serta penambahbaikan kemudahan cuti belajar yang lebih fleksibel dan menyokong pembangunan bakat.

Penekanan terhadap pendigitalan penuh urusan pentadbiran dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) diyakini mampu melonjakkan kecekapan pengurusan universiti, politeknik dan kolej komuniti ke tahap yang lebih tinggi.

KSN turut mengingatkan agar setiap mesej kerajaan disampaikan menggunakan bahasa yang mudah difahami rakyat bagi membina kepercayaan dan mengelakkan salah faham terhadap dasar yang dilaksanakan.

Semangat kerja sepasukan secara bersepadu atau "whole of government" menjadi kunci kejayaan negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan pada tahun lalu dan perlu diteruskan tahun ini.

Warga KPT juga diseru untuk mengekalkan tahap integriti yang tinggi dan memastikan setiap perbelanjaan kerajaan diuruskan dengan penuh akauntabiliti tanpa sebarang ketirisan.

Tahun 2026 disifatkan sebagai tahun kritikal di mana sebarang kelewatan bertindak akan menyebabkan negara ketinggalan dalam persaingan global yang semakin sengit.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Timbalan KSU (Dasar) KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan serta pengurusan tertinggi jabatan, agensi dan IPTA di bawah KPT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 34
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 23 January 2026, 09:07:53.

sirim-logo