Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV IPT), MAHSA University di Bandar Saujana Putra, Selangor

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV IPT), MAHSA University di Bandar Saujana Putra, Selangor hari ini.

Pusat ini mula beroperasi sejak 28 Jun lalu dan berkemampuan untuk memberi 3,000 vaksin setiap hari kepada penduduk sekitar.

YB Menteri turut diberi taklimat oleh YBhg Dato Dr Shahril Mohamed Haniffa, Pengarah Urusan MAHSA University mengenai pengoperasian IPT itu sepanjang tempoh pandemik dan juga pengendalian operasi harian PPV IPT di sana.

Turut hadir ialah YBhg. Prof Tan Sri Datuk Dr Hj Mohamed Haniffa Hj Abdullah, Pengerusi Eksekutif MAHSA University, YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • Last updated on .
  • Hits: 8689
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.