Universiti Penyelidikan Di Malaysia Kini Dalam Kelompok 200 Terbaik Di Dunia
Buat julung – julung kalinya, kelima-lima buah Universiti Penyelidikan Malaysia iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menunjukkan peningkatan yang amat membanggakan berbanding tahun sebelumnya dengan berada dalam kelompok 200 terbaik dunia dan Top 1% in the World. Laporan dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2021 pada 10 Jun 2020.
Selain itu, UM sekali lagi telah berjaya disenaraikan sebagai 100 universiti terbaik di dunia. UM berada di tempat ke-59 dalam senarai universiti terbaik dunia berbanding di tempat ke-70 pada tahun 2019. UM telah berjaya disenaraikan dalam kedudukan 100 universiti terbaik sejak tahun 2018 iaitu tujuh (7) tahun lebih awal daripada sasaran malah berjaya mengekalkan dan meningkatkan kedudukan setiap tahun sehingga ke kedudukan hari ini.
Selain daripada UM, lima (5) Universiti Awam yang lain dan tiga (3) Universiti Swasta juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan ke kedudukan 550 terbaik dunia iaitu UPM di kedudukan ke-132 (2020: 159), UKM di kedudukan ke-141 (2020: 160), USM di kedudukan ke-142 (2020: 165), diikuti oleh UTM di kedudukan ke-187 (2020: 217) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) di kedudukan ke-531-540 (2020: 591-600). Bagi Universiti Swasta yang terlibat, Taylor’s University mendahului di kedudukan ke-379 (2020: 511-520), diikuti oleh UCSI University di kedudukan 391 (2020: 442) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan 439 (2020: 482).
Pada siri penarafan kali ini, 20 buah universiti tempatan telah tersenarai iaitu 12 buah universiti berjaya memperbaiki kedudukan berbanding tahun lepas, 6 buah universiti mengekalkan kedudukan dan 2 buah universiti jatuh dari kedudukan tahun lepas. Selain dari itu, 11 lagi institusi pendidikan tinggi tempatan (awam dan swasta) juga berjaya disenaraikan di dalam senarai ‘top 1000’ QS World University Rankings 2021, iaitu Management and Science University (MSU), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sunway University, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Kejayaan ini merupakan kejayaan terbaik negara setakat ini dan membuktikan bahawa hala tuju pendidikan tinggi negara berada di atas landasan yang betul dalam menyediakan institusi pendidikan tinggi yang berkualiti dan cemerlang sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT). Kejayaan ini secara tidak langsung akan terus menempatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi di rantau ini. Di samping itu, ianya juga dapat membantu institusi dalam menjalinkan kerjasama dengan penyelidik terkemuka dunia.
Dalam Laporan QS juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini. Sistem pendidikan negara telah diiktiraf dalam kalangan ahli akademik dan majikan di peringkat antarabangsa.
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
10 Jun 2020
SENARAI 20 INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA DALAM QS WORLD UNIVERSITY RANKINGS (QS-WUR) 2021
NO. |
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI |
QS- WUR 2020 |
QS- WUR 2021 |
1 |
UM |
70 |
59 |
2 |
UPM |
159 |
132 |
3 |
UKM |
160 |
141 |
4 |
USM |
165 |
142 |
5 |
UTM |
217 |
187 |
6 |
Taylor’s University |
511 - 520 |
379 |
7 |
USCI University |
442 |
391 |
8 |
UTP |
482 |
439 |
9 |
UUM |
591-600 |
531-540 |
10 |
MSU |
541-550 |
551-560 |
11 |
IIUM |
651-700 |
601-650 |
12 |
UiTM |
651-700 |
651-700 |
13 |
Sunway University |
751-800 |
701-750 |
14 |
UNITEN |
801-1000 |
701-750 |
15 |
UMP |
751-800 |
751-800 |
16 |
MMU |
801-1000 |
801-1000 |
17 |
UNIMAS |
801-1000 |
801-1000 |
18 |
UTAR |
801-1000 |
801-1000 |
19 |
UniMAP |
701-750 |
801-1000 |
20 |
UMS |
801-1000 |
801-1000 |
- Last updated on .
- Hits: 14400