English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

MY AI NEXUS 2024: LANGKAH PERTAMA KPT JAYAKAN GAGASAN AI NEGARA


Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluncurkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini merupakan satu program khas yang bertujuan untuk menyatukan pakar- pakar tersohor dalam bidang kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), universiti, industri, agensi-agensi dan pemegang taruh berkaitan dalam usaha memacu ketersediaan AI di Malaysia.

Objektif penganjurannya adalah bagi menunjukkan keupayaan Malaysia menerima teknologi AI dalam mengukuhkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat; mempromosikan peluang pengajian dan penyelidikan dalam bidang AI Malaysia; memperkenalkan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) di UTM sebagai penyedia Pendidikan AI di Malaysia bersama Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang lain; mewujudkan peluang jaringan dan kerjasama antara IPT, Industri, agensi kerajaan dan individu yang aktif dalam bidang AI dan memperkenalkan produk AI yang dihasilkan oleh penyelidik IPT dan pemain industri melalui pameran dan forum.

Peluncuran Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) UTM yang pertama seumpamanya di Malaysia adalah agenda utama majlis selain peluncuran AI Talent Roadmap for Malaysia (2024-2030) dan juga Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC).

Dengan penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) pertama di Malaysia ini, ia mencerminkan kerjasama antara KPT dengan UTM sebagai langkah strategik Kerajaan MADANI yang berjaya dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) bulan, hasil kesatuan pemikiran dan tindakan daripada warga KPT, UTM, dan pelbagai pihak.

Manakala pengukuhan ekosistem penyelidikan dan inovasi serta pemantapan ekosistem pemboleh daya bagi sektor pendidikan tinggi dalam pelaksanaan kecerdasan buatan dimantapkan melalui penubuhan Malaysia Artificial Intelligence Consortium atau MAI Consortium.

Konsortium ini merupakan inisiatif kerjasama antara institusi akademik, agensi kerajaan, dan industri di Malaysia, berobjektifkan kemajuan kecemerlangan AI, pertukaran ilmu dan kolaborasi, serta pemacuan inovasi dan impak. Kepentingan Konsortium MAI ini diukur dari segi aspek Accelerating Progress, Cross-Pollination of Ideas, Industry Adoption dan Education and Capacity Building.

Inisiatif ini selari dengan Malaysia AI Roadmap 2021–2025 di bawah Inisiatif Strategik Bakat AI, yang bertujuan untuk menawarkan pendidikan AI bersifat komprehensif dan inklusif bagi memenuhi permintaan 200,000 bakat AI di negara ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi
10 MEI 2024

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - My AI Nexus 2024: Langkah Pertama KPT Jayakan Gagasan AI Negara (62 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 4489
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.